SEKAPOR SIREH BGP3R1M

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua barisan jawakatankuasa tertinggi BGP3R1M dan kepada semua ahli yang memberi mandat kepada saya untuk menerajui kepimpinan BGP3R1M.

Semoga hasrat murni kita yang terdiri daripada pelbagai etnik untuk bergabung dibawah satu pertubuhan akan menjadi kenyataan. Disamping dengan kejayaan ini secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia yang di cetuskan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sebagai satu Badan yang baru ditubuhkan dan mempunyai ahli daripada pelbagai etnik, kerjasama dan saling memahami amatlah diperlukan.

Marilah kita Sentiasa mematuhi sistem perlembagaan dan Undang-undang Negara kita serta berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Dan juga Sentiasa memelihara kerharmonian dan mengeratkan perpaduan dengan semangat kekitaan diantara semua kaum di Malaysia.

Sekian terima kasih

PRESIDEN BGP3R1M